Monday, January 24, 2011

Pelaburan Emas ( Sumber: http://www.pakdi.net/akaun-pelaburan-emas/)

1. Walaupun tajuk post ini adalah, Akaun Pelaburan Emas, tetapi tuan puan yang mengikuti blog saya ini perlu maklum fungsi emas yang sebenar adalah bukan untuk pelaburan. Saya ulang, emas sifat asalnya bukan untuk pelaburan. Dalam konteks keadaan sekarang, saya lebih suka kalau ia difahami sebagai menyimpan harta dalam bentuk emas.
2. Akaun pelaburan emas merupakan pilihan lain bagi mereka yang ingin menyimpan harta dalam bentuk emas. Pilihan lain yang dimaksudkan adalah beli jongkong emas, syiling secara fizikal, simpan dan jual balik kepada pembeli lain.
3. Untuk peringkat awal, mungkin tuan puan tidak perlu pening bagaimana untuk menyimpan emas fizikal tersebut. Tapi kalau nilai emas itu dah mencecah belasan ribu, puluhan ribu malah ratusan ribu, sudah tentu kita semua risau nak simpan emas-emas tersebut.
4. Maka, akaun pelaburan emas mampu mengatasi hal tersebut, malah ready buyer iaitu bank, sentiasa ada selagi mana bank itu wujud.
5. Di Malaysia, sehingga artikel ini ditulis ada 3 akaun sebegini ditawarkan iaitu Public Bank Gold Investment Account Maybank Gold Savings Passbook Account dan KFH Gold Account-i.
6. Akaun Public Bank Gold Investment Account jelas tidak mematuhi Shariah kerana physical gold withdrawal tidak dibenarkan. Maybank Gold Savings Passbook Account juga tidak mematuhi Shariah kerana akaun emas ini walaupun boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank, tetapi untuk membuat physical gold withdrawal hanya boleh boleh dibuat di cawangan tertentu sahaja. (Maklumat yang dipaparkan di web sehingga artikel ini ditulis pada 17 Mei 2010). Hal ini bertentangan dengan prinsip jual beli emas yang disebut dalam hadis Nabi saw. Intipati hadis tersebut boleh dilihat menerusi jadual berikut:
7. Ingat, dalam Islam jual beli emas mesti dibuat secara tunai (spot) dan tidak boleh secara kredit / hutang / tertangguh. Jika perbuatan kita membeli emas sebegitu maka kita telah mengamalkan riba al-fadl, satu lagi jenis riba selain riba pinjaman.
8. Manakala, KFH Gold Account-i pula adalah akaun yang patuh Shariah kerana kita semua boleh membuat physical gold withdrawal sejurus selepas membuka akaun tersebut. Nak mintak mereka simpan pun boleh, nak kita terus pegang emas fizikal pun boleh. Walaupun semua cawangan KFH menawarkan akaun ini, tetapi kita hanya boleh berjual beli emas di tempat akaun kita dibuka sahaja untuk memastikan emas-emas itu memang wujud selaras dengan prinsip Islam dalam jual beli emas yang telah ditunjukkan dalam hadis berkaitan riba al-fadl itu tadi.
9. Alhamdulillah, KFH kini telah memberikan pilihan yang sangat baik untuk umat Islam khususnya dalam hal ini. Semoga bank-bank Islam lain dapat menawarkan akaun yang sama untuk memberikan pilihan yang lebih baik kepada kita semua. Untuk makluman, emas yang ditawarkan oleh KFH adalah emas 995.
10. Justeru, kini kita semua mempunyai lebih pilihan untuk menyimpan harta dalam bentuk emas. Kalau rasa tidak mahu simpan semuanya dalam bentuk fizikal, sudah ada akaun bebas riba yang memberikan pilihan yang lain.

Fakta Emas Vs Fikir Emas

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

Wednesday, January 19, 2011

Tazkirah Renungan Bersama

Diantara hak-hak Allah yang utama adalah zakat yang merupakan hak harta. Orang yang tidak menunaikan zakat harta mereka akan disiksa denga harta itu dengan siksaan yang berat.

Dalam sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda “ Barangsiapa yang Allah berikan harta lalu tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat kelak hartanya akan diserupakan menjadi ular botak berbintik dua, yang dikalungkan padanya pada hari kiamat, kemudian ular itu berkata” Aku adalah harta mu, aku adalah simpananmu”.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah, yang mengatakan bahawa Rasulullah bersabda  “ Setiap pemilik EMAS dan PERAK yang tidak menunaikan hak hartanya itu, pada hari kiamat kelak, EMAS dan PERAK itu dijadikan lempengan yang dipanaskan di neraka jahannam,  lalu lambung,dahi dan punggung orang itu diseterika dengan itu. Setiap kali lempengan itu dingin, dipanaskan kembali. Terus begitu dalam satu hari yang lamanya sama dengan 50ribu tahun dunia, sampai Allah member keputusan di antara hamba-hambanya, sehingga orang itu melihat jalannya ke syurga atau neraka.

Renung-renungkan lah dan selamat menunaikan hak harta anda..selamat beramal

Monday, January 17, 2011

Emas..oh..Emas..


best..best..
harga emas masih rendah..
apa nak buat ek??..tengok je?jap..nak pikir??
jap..aku nak bincang ngan makwe/pakwe/isteri dulu!!

lor..jangan berlengah lagi kawan..lock jek harga dulu..
tak tahu cemana nak lock..kol jek saya..
Insyaallah..anda akan dibantu sebaiknya..

013 2448074 din
Semoga perancangan untuk melabur di dalam logam yang bernilai ini
mendapat keberkatan dari Nya..

Saturday, January 15, 2011

Mencari Keberkatan di celah kilauan emas






Hari ini saya ingin berkongsi satu perkara yang wajib kita ketahui mengenai emas iaitu zakat emas.

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.



Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35


Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5%  atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9




Rujukan: zakat.com.my

Tuesday, January 11, 2011

20gm PG untuk dipinang..

ni dia 20gm yang sedia untuk dipinang..
mas kahwin (-) rm20 dr harga semasa..leh nego sampai jadi

sori gambar kurang clear..kamera murah..

sms/call: 013 244 8074 - din

Biarlah Gambar Bicara Sendiri..

credit to:www.kedaidinaremas.blogspot.com

Tengok keratan akhbar di atas..
Jangan berlengah lagi..harga emas kembali meningkat..
Kepada yang sudah mula sedar dan mula mengumpul emas
sekalung TAHNIAH di ucapkan..anda telah
mengambil langkah bijak..tambahkan ilmu di dada..
bertanyalah kepada otai-otai yang sudah lama 
melabur dalam bidang KEEMASAN ini..
rasailah aura EMAS..pasti anda akan TERUJA..

Saturday, January 8, 2011

Hujung Minggu Yang Syok..!!



sehari dua nie harga emas jatuh mendadak,
ramai yang lock harga dengan dealer,
emm..jarang nak dapat harga turun mcm sehari dua nie..
ghamai yang tergezut jugak..
tapi nie la dinamakan rezeki bagi yang baru nak mula nak bertatih dalm emas,
mungkin rezeki hampa laa..beli la sebanyak yang ada..

INGAT..nak melabur emas biarlah dengan kemampuan kita,
MELABUR lah dengan ILMU..
jangan main belasah jek..takut merana badan..
Jangan asal takde duit pajak emas..takut emas terlelong..
PENUHKAN DADA DENGAN ILMU..
bertanyalah dengan ramai yang alim dalam labur EMAS ini..
semoga anda BERJAYA..dengan labur yang dijanji ALLAH ini..
set dalam kepala..emas kasi untung lambat skit..
jangan hari ini beli esok dah kaya..
kompem anda GILA..ehheheh..



ok adios..senyum lah dari hati.dunia mu berseri..

Thursday, January 6, 2011

Jualan Awal Tahun!!


2 x 20gm PG ready to grab
come with original certificate

piture: credit to siswaemas (www.kedaidinaremas.blogspot.com)



5g Poh Kong with original receipt
pls offer your best price

o13-244 8074 ( din)

p/s while stock availbe

Wednesday, January 5, 2011

HARGA EMAS JATUH..RUGI KAH AKU...





Pada suatu hari, di kedai kopi Mak Limah, kelihatan seekor katak sedang berbual dengan seekor kancil

Katak: " Ha tue la..kan wa dah kata..mesti jatuh punya"..
Kancil : "apa yang jatuh nie bro.." tanya kancil kepada katak sambil menggaru perutnya..
Katak: " Bro, cuba kau tgok graf nie..harga emas jatuh beb..mmg rugi la sapa beli emas..
Kancil: " Alamak bro, besala harga emas mesti da naik turun bro..
Katak: " Padan muka la sapa lah yang beli emas..baik masuk ASB je..senang beb..
Kancil: " Ha tue la lu bro..oang beli emas dengan ilmu..jangan nak keromo jek beb..
Katak: " Bro, aku nie bukan apa, bila harga jatuh nie ..sapa yang rugi..lu jugak..
Kancil: " Ikut suka lu la bro..kalau nak main emas biar dengan ilmu..masa jatuh nie apa yang kena buat,masa naik sok apa yang kena buat..malas aku nak layan lu broo..budus sombong..tak pandai tanak tanya..
Katak: " Eh, emo lak lu broo...

Situasi di atas: Siapa KATAK??Adakah anda??
                       Siapa KANCIL?? Sepatutnya ANDA


Salam kilau emas..

PANTUN EMAS BERKARAT-KERAT

salam emas pembuka bicara,
empunya blog menghulurkan salam,
pada  otai-otai emas semua,
harga emas jatuh menjunam,

harga emas jatuh menjunam,
ada yang sedih ada yang senyum,
jangan kita bermuka muram,
naik lagi kita pun senyum

harga turun tidak lah lama,
dia jatuh pun sat-sat,
jangan tunggu lama-lama,
harga jatuh,cepat-cepat "rembat"

labur emas banyak cara,
main jongkong juga buku,
wahai adik wahai saudara,
penuhkan dada dengan ilmu

pena kami berhenti di sini,
moga kelak bersua lagi,
baik-baik jaga diri,
tambahkan emas dalam koleksi